Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Sunday, January 23, 2011

Disebalik Rahsia Cinta- Metropolitan


Kali akhir aku menerima smsnya sekitar jam 9.15 malam, katanya dia dh mengantuk. Aku tak membalas sms itu kerana sangkaku pasti dia sedang menghadiri majlis tahlil spt maklumny dismsnya pada jam 8.35pm. Sekarang ni jam menunjukkan 1.10am dan tiada berita yang aku terima darinya.



Read more...

Meniti zaman remaja

Lokasi: Tepi jalan di Kg
7km dari pekan D....
Tarikh : 1979 (32 tahun lampau)

Catatan:
Ketika ini aku masih lagi dibangku sekolah, masih belasan tahun. Zaman dari kanak2 meniti alam remaja. Masa ini juga segala galanya jadi begitu mudah semuanya. Selain sekolah aku hanya fikir untuk bersama kawan kawan saja. Kali akhir aku jumpa Hashim ... ntah aku sendiri tak ingat. Dah lama sangat. Dia antara rakan2 yang paling awal mendirikan rumah tangga dan masuk felda di N9. Si Tunggal pulak apa aku dengar dia ni dah jadi orang kaya, rumah besar, kereta besar, isteri dua, punya bengkel kereta sendiri, karaoke utuk majlis dan banyak lagitapi semuanya aku dengar dari orang lain. Aku tak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Semakin dimamah usia semakin payah nak jumpa rakan rakan yang sama2 membesar dikampung. Itulah realiti hidup yang terpaksa dihadapi.

Read more...

Saturday, January 22, 2011

Kelab Bolasepak Bintang Baru (NSSC)

Aktiviti: Perasmian Liga Super Dunhill 1984
Persatuan Bolasepak Wilayah Persekutuan (PBWP)
Oleh Presiden FAM Y.M Tengku Ahmad Rithaudden
Perlawanan: Cheq Point 1 – 0 Bintang Baru (NSSP)
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 25 Julai 1984 (27 tahun lalu)
Pengurus Pasukan: Louis Ramli Ariffin
Jurulatih Pasukan: Zamri (ex BAHEIS)


Catatan:
Bersama kelab ini aku mencatat kenangan indah dalam bolasepak. Walau tidak pernah memenangi sebarang kejohanan tetapi aku banyak belajar tentang bolasepak bersama mereka. Aku tak sangka langsung yang aku akan menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebagai pemain ketika aku baru saja 2 tahun menjadi warga kota. Dalam perlawanan ini aku hanya jadi pemain simpanan jer. Tak perlah bagi aku ini sudah cukup membanggakan. Dalam perlawanan ini pasukan aku tewas dengan hanya satu jaringan gol. Ini satu pencapaian terbaik sekali kerana pasukan Cheq Point waktu itu diwakili ramai pemain kebangsaan seperti Hassan Sani dan Chen Woi Hor berbanding pasukan aku yg dibarisi oleh pemain yg langsung tidak dikenali.

Tu dia aku yg jersi biru. Masa ini aku baru berusia 20 tahun, masih muda remaja. Badan slim abis n fit tahap gaban. Kelihatan Tengku Ahmad Rithaudden sedang bersalaman ngan Latif Budiman, jersi 21 Latif Kochong dan Nathan. Kapten pasukan George David, sebelah kiri aku tu Chandran.

Selepas pada perlawanan ini pasukan kami kehilangan hampir 6 orang pemain utama kerana ramai yang kena beli oleh pasukan bank. Yalah masa ni juga ramai dari kami tidak punya kerjaya yang tetap malahan ada yang masih belajar di kolej so bila dapat ofer baik memanglah tak tunggu lagi. Pada perlawanan seterusnya pasukan kami jadi bahan belasahan. Kami tak dapat mencari pengganti yang dapat menyaingi pemain yang telah berhijrah tu. Dengan sedih hati pada musim 1985 kami turun ke liga perdana dan selepas mencurah bakti lebih dari 5 tahun di kelab Bintang Baru ini akhirnya aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan menyertai Kelab Bukit Perdana yg sejak dari awal pembabitan aku telah tanpa jemu mempelawa aku menyertai mereka.
Kali akhir aku dapat berita yang Jamal Hassan sekeluarga telah terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang beraya di kampung. Si Rosman pula selepas keluar dari Bingtang Baru untuk menyertai Cheq Point langsung aku tak jumpa bayangnya. Kepada yang mengenali aku .. kontek2 la ..

Read more...

Thursday, January 20, 2011

Fredo - Sepi Mengajar Aku Erti Rindu


sms J - Gaduh2 marah2 kt ...... pn masih rindu jgak
sms a - marah2 sayang ..
sms j - Ye lh ..dh marah2 kta syang kta jgak .... buat la ssuka hati
sms a - ai ... lain mcm je ayat ..

20 Jan - 7.13pm


Read more...

Wednesday, January 19, 2011

When Luv calling ...

Yesterday ... you always find me there ..

Read more...

Apa yg ingin ku dengar .... sebenarnya ungkapan berbisa


Alleycats: Hatiku Kau Luka

Akhirnya …. Selepas 20 tahun aku mencari jawapan … petang tadi aku dengan sendirinya mendengar asbab musabab terjadinya perpisahan itu. Jantungku bagaikan berhenti degupannya. Hatiku rasa bagaikan dicincang. Rasaku bagai disirami air mendidih. Pedihnya tidak terkata. Itu saja yang dapat aku katakan bila mendengarnya.

Airmata yang mengalir mengambarkan betapa luluh hati ini dengan alasannya. Ahh .. terlalu dangkal alasan itu .. umpama sampah aku ni .. tak ada nilai langsung. Aku tidak mempertikaikan cintanya pada ku tetapi aku amat tidak boleh menerima langsung tindakan yang diambilnya .. ternyata janji insan yg baru dikenalinya lebih bermakna dari cinta yg kami semai dan bajai selama ini.

Sudahla … hatiku yang luka ini entah bila akan sembuh. 18 Jan 2011


Read more...

Tuesday, January 18, 2011

Mengalas Memori

Cantik. Pantai Morib telah berubah wajah. 20 tahun lampau landscape ni semua tak ada. Tranformasi secara total telah dilakukan disini sebagai satu tarikan untuk pengunjung. Bila masuk saja ke sini ... memang dapat dirasakan memori antara kami kembali menguntum.
Masjid pun dah semakin cantik. Dulu kami hanya memerhatikan saja masjid ini dari seberang jalan. Kali ini, lokasi inilah yang kami mula singahi. Waktu dah menghampiri jam 5.00 ptg, solat asar berjemaah masih berlangsung. Aku tak sempat joint berjemaah. Mula2 cari tandas bila dah siap wudhuk imam dah baca doa lAda satu saf saja dalam 15 orang jemaah.
Memerhati panorama dari tepian pantai. Pantai Morib ni kalau time air surut memang jauh kena berjalan kalu nak mandi manda. Kena jalan hampir 1/2 km jugak. Di lokasi ini kami pernah hampir ditenggelami air. Waktu tu kami sedang bermain main air sambil jalan jalan dipantai yg sedang surut tetapi kami xsedar bahawa waktu itu air mula pasang. Bila kami sedar air dah mula naik dibelakang kami. Waktu tu aku nampak bot nelayan dah mula balik dari menangkap ikan menuju ke arah pantai Kelanang. Air semakin naik hampir keparas betis ... ah sudah camner nak selamatkan diri ni ... pantai masih jauh lagi. Alhamdulillah walau dalam kepayahan kami sampai juga ke tepian pantai dan air semakin pasang. Habis basah seluar kami sampai kepeha ..
Kami mencatat lagi kenangan di sini. Walau kami cuma singgah disini tidak sampai 1 jam tetapi secara langsung rakaman kenangan silam kami tonton semula. Meskipun pohon ara tempat kami melepak dulu telah tiada tetapi memori kami masih kekal disitu dan biarkan memori itu menjadi sebahagian dari penghuni pantai ini. Selamat tinggal Pantai Morib .. lain kali kami datang lagi. 15 Januari 2011

Read more...

Sunday, January 16, 2011

3rd: Wajah Mu Di Mata Ku - Melissa


3rd: 15 Jan (Sabtu)
Masih ada soalan yg tidak berjawab dan tiap kali soalan itu hadir ianya seakan menghimpit diri hingga kesatu sudut yg tidak mampu untuk bergerak. Kenapa dan mengapa kepada tragedi 20 tahun dulu masih dinanti jawapannya. Ahh .... sakitnya hati bila memikirkan ini semua ...!!!

Read more...

Saturday, January 15, 2011

Sabarlah Sayang - Ramlah Ram


Sakitnya adalah kekuatan
Sedihnya adalah kesabaran

Read more...

hujan lebat ... dan dia tak sihat

15 Januari 2011 - 1.35am
Katanya sejak dari petang tadi hujan turun dengan lebatnya disana .. dan katanya, dia dah mula rasa tak sihat. "........ masih boleh bertahan .." katanya bila aku tanya sama ada dia dah mula susun bantal. Sedihnya aku bila ini semua berlaku ... mengetahui keadaannya tanpa mampu menghulurkan bantuan buat aku rasa resah tak menentu. Masa training tadi pun aku tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Hati aku asyik mengingatkan dia.

Malam semakin larut .. aku suruh dia menyambung tidonya agar penyakitnya berkurangan .." ok lah sambung tido semula ... rasa tak larat sangat .." Eloklah tu pun, biar dia berehat secukupnya agar esuk bila bagun pagi sakitny telah pergi.

Maafkan aku ... kerana diwaktu kau memerlukan aku disisimu, aku berada di kiblat berbeza. Maafkan aku kerana tak mampu mendekati. Maafkan aku kerana hanya mampu menghulur simpati. Berehatlah sayang .. esuk kita jumpa lagi

Read more...

Friday, January 14, 2011

Panasnya telinga aku

13 Jan 2010 – Maghrib

Dah 3 hari aku rasa ni. Tiap kali lepas wudhuk utk solat Maghrib, telinga kiri dan kanan aku akan rasa panas. Bila di pegang memang rasa habanya sedangkan masa wudhuk telinga mesti dibasuh dan haba panas tu amat terasa di telinga sebelah kanan. Macam terbakar rasanya n bila aku tengok dlam cermin telinga aku jadi merah.

Dah 3 hari juga tangan kanan aku rasa menyucuk nyucuk. Sampai rasa kebas dan amat terasa sakitnya petang semalam sampaikan aku terpaksa pakai jaket untuk melindung tangan aku kerana bila kena aircon kebas tu lagi terasa. Rasa menyucuk tu memang sakit.

Lepas solat , dengan izinNYA aku memproses diri aku sendiri … memang ada something kat telingan n tangan aku tu. Adalah dekat 20 minit juga aku ‘membotolkan sakit tu’ . Cehh .. masih xserik juga mangkuk hayun ni. Kita ni kalu hidup kat dunia berlakun jadi orang baik sedangkan hati tu penuh kejahilan memang bila mati pun akan menyusahkan anak dan isteri. Kalu mati tinggalkan harta pusaka kat anak isteri best jugak … ni x setan iblis yg diwariskan

ALhamdulillah selepas tu telinga panas tu hilang n bila bangun pagi sampai la ni x de dah menyucuk kat tangan tu … apa pun kena tunggu maghrib ni lagi … kalu dia nak cuba main kasar lagi … memang nak kena botol lah jawabnya. Terima kasih Allah.


Read more...

Monday, January 10, 2011

10 Januari 1991: Khamis

Catatan memori.

Pagi ni aku buka dairi 1991. Aku belek tarikh hari ini dan aku lihat 20 tahun dulu aku punya aktiviti bersama dia. Aku ingat lagi hari itu pagi2 lagi kami sudah berada di stesyen bas. Kami punya matlamat yang sama iaitu duduk bersama tanpa ada gangguan. Pejalanan menuju ke Morib mengambil masa hampir 3 jam juga dengan 2 kali menukar bas.

Hari Khamis .. pantai Morib tiada pengunjungnya apatah lagi waktu itu baru saja menghampiri jam 11.00 tghari. Kami duduk di port selalunya. Dibawah pohon ara menghadap ke pantai. Sambil bersembang kami mendengar alunan muzik dari kaset player yang dibawa olehnya.

Kami juga berjalan jalan dipantai yg sedang surut. Kami masukkan pakaian kami dalam plastic hitam dan kami letakkan ditepi pantai. Sambil kami berlegar legar bermain air, kami perhatikan tiada siapa pun diwaktu itu. Kami bebas untuk melakukan apa ‘saja’. Hepinya hati tak terkata.

Memori itu masih tidak pernah padam. Pantai Morib banyak menyimpak kenangan kami. Kali akhir aku singgah kemari dah berbelas tahun dulu. Aku perhatikan pohon tempat kami melepak telah tiada. AKu pernah mengukir nama kami di situ. Pantai Morib banyak telah berubah tetapi yang pasti hati kami masih spt dulu.


Read more...

6 Jan: Catatan Perjalanan 2

Selepas 20 minit memandu kami sampai ke kgku … aku tunjukkan dia lokasi rumah mak yg pernah dia jejaki dulu … katanya dia dah lupa … Ya la masa dia datang dulu family aku masih duduk rumah papan jer, skrng rumah tu dah dirobohkan .. dah terlalu uzur untuk didiami. Skrng mak duk ngan adik kt umah batu disebelah tapak rumah lama. AKu masih ingat lagi … untuk beberapa tahun mendatang selepas kunjungan dia ke kgku .. adik sering juga bertanya akan perkembangan dia. Aku ceritakan hal sebenarnya pada adik. Adik semacam xpercaya. Dan tiap kali bila aku balik kg semenjak dua menjak lepas tu adik masih bertanya juga hal dia, tapi aku xdpt nak jawab kerana aku sendiri tercari cari kemana dia yg hilang tanpa berita. AKu cakap pada adik … biarlah, dah tak ada rezeki abang kot.

Tak banyak yg dia ingat tentang kg aku. Katanya yg dia ingat cuma dia tidur dlm bilik ngan adik dan aku tidur depan tv dan ada orang baru bersalin (kakak aku). Ingatannya lebih menjurus akan apa yg kami lakukan dlm perjalanan balik ke KL. Kami singgah di pantai M dan kami mandi manda disitu. Itulah kenangan yang kami catat lama dahulu. Waktu itu kami masih muda remaja, punya cita cita untuk hidup bersama tetapi waktu tidak mengizinkan kami menunaikan hasrat itu. Kami berpisah tanpa ucapan selamat tinggal dan selama waktu itu kami saling mencari dan berharap agar ditemukan semula.

Nah sekarang ni selepas sekian waktu dalam pencarian dan penantian apa yg kami harap telah dimakbulkan. Kami ditemukan semula untuk mengimbau kembali memori yg pernah kami catatkn sepanjang perjalanan kami dulu. Indahnya zaman itu. Jika diberi kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan lalu mahu saja kami kembali ke zaman itu dan menunaikan segala janji yg pernah kami lafaskan.

Hatiku mula sebak bila melihat rumah itu. Dah terlalu lama aku tidak pulang untuk menjenguk apa yg masih ada. Disitu aku membesar sebagai budak kg yg hidup serba kekurangan. Walau jadi bahan belasahan org tua aku banyak belajar darinya. Mujur juga aku dpt mengawal perasaan dari menitiskan airmata. Aku sedih sekali. Dia yg berada disebelahku berjaya menenangkan kesedihan hatiku.

Kami meninggalkan kgku seketika itu juga. AKu hanya mampu memerhati dari jauh. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL. Jam sudah menunjukkan hampir 4.15ptg. Ada lebih kurang 75minit untuk aku sampai ke KL. Kami meninggalkan pekan itu dengan satu lagi memori. Semakin cuba mengawal suasana semakin banyak pula memori yang kami catatkan. Sepanjang perjalanan kami asyik menghitung waktu yg semakin menghampiri tempohnya. Pantasnya waktu berlalu. Kami semakin menghampiri KL. Waktu itu aku perhatikan wajahnya kelihatan spt ada sesuatu yg tak terucap ngan kata2. Aku tahu saat perpisahan semakin hampir dan wajahnya menampakkan ketidak ceriaan pd perpisahan itu nanti. Aku sepertinya juga, tak dapat ku gambarkan aku terpaksa melepaskannya sendirian sebentar nanti kealam realitinya. Alam sebenar yg kami berdua berada.

Akhirnya tepat jam 5.15ptg kami terpaksa juga mengucapkan selamat tinggal. Bila aku mengucapkan selamat jalan, dia memalingkan wajahnya kearah luar. Aku tahu dia cuba menahan airmatanya dari gugur. Sejak awal lagi aku dah berpesan pada dia, bila nak balik nanti jangan menangis. Abadikan hari ini sebagai hari yg paling indah buat kita dari itu jangan disulami ngan air mata yg akan memadam keceriaan ini. Tapi … dia menitiskan airmatanya juga. Dia tidak mahu bertentang mata denganku .. aku tahu dia dalam keadaan sedih yangh amat sangat. Tiada siapa yang suka pada perpisahan. Aku cuba menenangkan dia. Setelah berjaya mengumpul kekuatan dia meninggalkan aku dengan penuh kesedihan. Aku memahami perasaan dia kerana aku pun sptnya juga diwaktu itu. Aku perhatikannya meninggalkan aku dengan langkah longlai. Aku dapat rasakan tiap langkahnya itu adalah langkah yag terpaksa. Aku terus memerhatikan langkahnya .. dia menoleh kepadaku ketika sedang menaiki tangga, aku melambaikan tangan ku kepadanya .. tapi tentunya dia tidak melihatnya kerana aku berada didalam kereta.

AKhirnya susuk tubuhnya hilang juga ditelan bangunan stesyen lrt .. perpisahan yang amat mencengkam walau sekadar sementara waktu. Hari ini tercatat lagi memori perjalanan kami. Gelak tawa duka airmata adalah sebahagian dari mainan pertemuan dan perpisahan cinta kami. Dalam perjalanan yang amat mencengkam ini aku sering berpesan pada diri ku dan dia “ … hargailah tiap detik dan waktu yang hadir ini kerana ianya adalah sebahagian dari hidup kita dan Jangan Pernah Berubah”.


Read more...

Sunday, January 9, 2011

6 Jan: Catatan perjalanan

12.25tgh … akhirnya dia sampai juga. AKu bingkas membuka pintu silver utk dia. Dr jauh aku dah Nampak senyuman yang aku amat rindui itu. Indahnya … hilang n terubat rindu yg mengelodak dalam hati aku ini.

Assalamualaikum ucapku sebaik saja dia duduk di sebelahku sambil aku menekan pedal minyak melepasi lampu isyarat yg baru sja berwarna hijau. W’salam jawabnya … ohh merdunya suara itu … suara yg sekian lama aku hanya mampu nikmati diudara. Kini suara itu telah berada disebelahku. Kami berpandngan …bertentang mata, lemparan senyuman dari bibir itu seakan menyentap jantung hati aku. Itulah satu dari beberapa daya penarik yang dimiliki olehnya. Dulu semasa ada beberapa balak yg cuba masuk jarum, sering menyatakan pada aku perkara yg sama. Ialah dulu dia ni ramai peminat tersembunyi. Malah aku sendiri pernah ‘menasihatkan’ kawan aku yg meminati dia ni agar jgn malu2 klu nak takel dia. Macam2 aku ajar kawan aku ni tanpa mereka mengetahui bahawa aku ngan dia sebenarnya sudah keluar dating. Ha ha ha .. itu rahsia aku ..

Cuaca diluar gerimis dan sepanjang jalan menuju LG langit tidak henti henti menitiskan airmatanya. Waktu itu perut aku dah mula mengeroncong .. patut la jam dah time makan soo memang Nampak gerai di situ dilimpahi manusia. Aku park keter berhampiran taman permainan … nak kuar hujan masih merintik. Kami lepak jer dalam keter. Banyak yg kami sembangkan smbil mendengar cd lagu2 nostalgia kami. Hah itulah kami, banyak persamaan.

Kira2 jam 2.00ptg kami mula cari kedai utk makan .. kami singgah kt kedai yg ada kt parking tu … org masih ramai so aku beli bungkus jer. Mee n kwe tiaw goring .. yg goring minah indon .. layan jer la lapar punya hal. Waktu zohor dah lama melalui kami … pikiaq punya pikiaq kami amik kputusan untuk solat zohor diluar KL .. aku terlintas satu lokasi yg pastinya xder saper kenal atau akan menjumpai kami. Set … sumer setuju. AKu memandu keter menghala lokasi … jauh juga .. mahu amik 35-45 mnt perjalanan melalui highway. Syukur … highway xjem … perjalanan lancar. Sepanjang perjalanan yg amat mendinginkan (masih hujan) aku yang banyak bercerita spt selalunya … dia cukup rajin mendengar dan sesekali menyampuk .. xper, aku dah faham. Kami gelak ketawa bersama seolah2 kami tiada masalah gamaknya.

Sepanjang perjalanan aku mengingatkan dia akan jalan2 yg mudah untuk ke destinasi. Manalah tahu lain kali dia nak datang sendiri kesitu. Katanya dia pernah datang ke destinasi sewaktu menguruskan kemasukan anaknya ke IPT dan seperti pengunjung2 lain dia pun sesat. Ya lah aku sendiri yg dah jadi penduduk sini pun kalu keluar malam ada kalanya macam diaorang juga.

Kira2 jam 3.20 kami sampai ke lokasi di tuju dan solat zohor disitu. Katanya inilah kali pertama dia sampai ke tempat ini. Selama ini dia hanya membacanya dalam surat khabar saja. Katanya lagi dia tidak membawa telekong dari rumah tapi xder hal kerana mana2 masjid pun sudah pasti ada menyediakannya. Waktu itu aku melihat seorang lelaki beruniform posman sedang menyapu halaman masjid dengan mesin blowernya. Cara dia melakukannya memang dia dah expert. Alhamdulillah masih ada lagi orang yang melakukan tugas sukarela di masjid tapi kan lebih elok kalau dia membuka uniform posmannya sebelum melakukan tugas kerana pandangan orang perlu dijaga. Kalau dah habis waktu kerja xmengapa tapi kalau sebaliknya … apa cerita.

Buat pertama kalinya selepas sekian lama aku dan dia dapat memanjatkan doa kami dilokasi dan waktu yang sama. Serentak dalam memohon kepadaNYA agar apa yg kami cita2kan diperkenankan. Seronok hatiku bukan kepalang. Ya Allah ... Kau dengarlah permintaan kami ini Ya Allah. Kau berilah kami peluang untuk menterjemahkan niat kami ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.

Selepas selesai solat, seperti yang aku janjikan semasa dalam perjalanan tadi, aku membawa dia melihat kembali kesan sejarah yg pernah kami catat 21 tahun dulu. Ya 21 tahun dulu aku pernah membawa dia pulang untuk berjumpa ngan mak aku di kampong. Waktu tu lepas habis kerja hari sabtu, kami terus gi stesyen bas. Waktu tu bulan ramadhan. .. dia berbuka puasa ngan family aku. Mak aku berkenan tengok muka dia yg manis tu. Adik aku pun suka kat dia .. katanya sesuai untuk abang … mesti abang bahagia. Aku amat seronok bila mendengar kata2 mak dan adik aku masa tu. Memanglah … aku amat mengharap pada dia agar dpt menjadi suri hidup aku bila tiba waktunya. Impian aku amat besar dan aku tahu dia pun seperti aku juga Tetapi .....

bersambung ....



Read more...