Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Saturday, January 15, 2011

hujan lebat ... dan dia tak sihat

15 Januari 2011 - 1.35am
Katanya sejak dari petang tadi hujan turun dengan lebatnya disana .. dan katanya, dia dah mula rasa tak sihat. "........ masih boleh bertahan .." katanya bila aku tanya sama ada dia dah mula susun bantal. Sedihnya aku bila ini semua berlaku ... mengetahui keadaannya tanpa mampu menghulurkan bantuan buat aku rasa resah tak menentu. Masa training tadi pun aku tak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya. Hati aku asyik mengingatkan dia.

Malam semakin larut .. aku suruh dia menyambung tidonya agar penyakitnya berkurangan .." ok lah sambung tido semula ... rasa tak larat sangat .." Eloklah tu pun, biar dia berehat secukupnya agar esuk bila bagun pagi sakitny telah pergi.

Maafkan aku ... kerana diwaktu kau memerlukan aku disisimu, aku berada di kiblat berbeza. Maafkan aku kerana tak mampu mendekati. Maafkan aku kerana hanya mampu menghulur simpati. Berehatlah sayang .. esuk kita jumpa lagi

No comments:

Post a Comment