Dari kiri Zul, Razak, Jamal, Aku, Yushak, ALi, Zaki dan Sani (berbaring). Gambar ini dirakam pada tahun 1980 iaitu 2 tahun sebelum aku mula meninggalkan kampung untuk menjadi warga KL.
Zaman menuju remaja. Tiada yang lebih indah bila menoleh kembali zaman persekolahan. Bila cuti sekolah tiba, banyak aktiviti yang dilakukan hingga tak sempat nak balik umah makan tengahari. Gambar diatas ni diambil ketika aku bersama rakan rakan sekampung menyertai rombongan ke Port Dickson. Seronoknya tak dapat nak citer. Seminggu lagi nak pergi dah macam2 kami planing. Inilah rakan rakan aku yang menceriakan dunia remaja aku. Tapi selepas 30 tahun usia gambar ini aku gagal menemui mereka bila balik ke kampung. Ya lah .. masing2 sudah punya keluarga sendiri, mungkin time aku balik kg mereka pulak balik kampung isteri mereka .. Tiada yang lebih berharga selain menikmati usia remaja.
Suatu hari tanpa diduga dicelahan gerimis memanjang, aku bertemu dengan dia selepas 21 tahun berlalu. Kelu lidah untuk berbicara disaat mata bertentangan. Aku lihat dia masih seperti dulu juga, senyuman dari bibirnya yang mongel itu tetap manis walau tanpa diwarna. Itulah dia yang aku kenal dulu serba serbinya cukup simple. Dia sendirian dan kami pun bersembang disudut itu sambil mengimbau kembali memori yang pernah kami catatkan. Siapa sangka diwaktu waktu yang berlalu rupa rupanya dia pun seperti aku juga ... sering bertanyakan khabar diangin lalu akan dimanakah gerangannya aku. Seperti aku juga setiap kali berada ditempat awam pastinya mata aku akan melilau mencari kelibat wajahnya ... malahan telah 3 kali aku ternampak dia bersama dengan anak anak dan suaminya dari jauh tapi aku tidak punya keberanian untuk menegurnya.
Dipenghujung persahabatan kami sebelum pernikahannya .. kami bertemu buat kali terakhir ... Kami lepak diport biasa kami dan tiada ucapan kata perpisahan atau memutuskan ikatan cinta yang telah kami bena. Malahan kami masih lagi menaiki bas mini 18 bersama, turun di distinasi yg selalu dan mengucapkan selamat tinggal seperti esok kami akan bertemu semula. seperti tiada apa2 yang berlaku gamaknya.
Apapun seketika waktu yg kami lalui semalam amat berharga dalam menjalinkan kembali ikatan yang serupa tapi telah berbeza. 16 Dis 2010 - The Mall