Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Wednesday, January 5, 2011

5 Jan: 10.50pm


Dah hampir 2 jam aku tunggu tapi phon aku ni xjuga gegar. Kali akhir aku terima dlm 8.50 tadi dan aku membalasnya seketika itu juga dengan ayat "Terasa jga .. Xde saper yg faham. Biaq pi". Biarlah kalu dia merasakan ayat aku tu menyengat hatinya ... apa nak kata. Aku bukan nak membalas dendam atau yg sewaktu ngan nya. Aku jawab bersandarkan apa yg aku rasa waktu tu. Rasa yg aku tak dapat nak gambarkan ngan kata2 atau apa saja yang boleh ku jadikan rujukan.

Sakit dihati bukan cam sakit kena toreh pisau atau kena penerajang. Saper yg dah rasa ... sendiri tahulah. Sakit yang bila diluahkan ada kalanya semakin lagi menyakitkan kerana sakit akan tetap sakit tak kira sakit sikit atau banyak.

Cuaca diluar mendung, tiada bulan atau bintang menyinari malam ku ini. Biarkanlah .. jika langit itu hendak menangis pun apalah kuasa aku untuk menghalangnya. Dan jika dia juga hendak meleraikan air matanya kerana sakit yg aku kirimkan itu ... menangislah sepuasnya kerana ada masanya airmata adalah penawar paling mujarab.

Malam masih terlalu muda untuk aku tinggalkan. Malam semalam pun aku tidur menghampiri jam 2.00pagi. Tapi malam ni aku tak janji yang aku akan menemani dia kerana hati aku pun masih belum terubat lagi.

Selamat malam awak!!

Read more...

5 Januari: 09.15am


Bila Rindu Datang Lagi - Nassier Wahab

Aku cam nak menulis sesuatu pagi2 ni tapi tetiba rasa idea tu tersangkut antara akal dan perasaan hati . Sebenarnya banyak sangat yang ada kat kepala ni .. tak tahu mana satu nak dimulakan.

Tahun baru dah masuk 5 hari … sekejap rasanya .. itulah waktu … waktu tidak menanti kita tetapi kita yang perlu menanti kehadirannya dan bila tiba waktu itu kita hanya akan menjadi bahan sejarah. Merindui dengan tanpa tahu dimana dia berada lebih mudah mengawalnya dari mengetahui apa yang sedang atau mungkin dia lakukan disaat wajahnya datang mengenang … poyo betul aku ni .. nak buat camner ekk ..


Read more...