Selepas 20 minit memandu kami sampai ke kgku … aku tunjukkan dia lokasi rumah mak yg pernah dia jejaki dulu … katanya dia dah lupa … Ya la masa dia datang dulu family aku masih duduk rumah papan jer, skrng rumah tu dah dirobohkan .. dah terlalu uzur untuk didiami. Skrng mak duk ngan adik kt umah batu disebelah tapak rumah lama. AKu masih ingat lagi … untuk beberapa tahun mendatang selepas kunjungan dia ke kgku .. adik sering juga bertanya akan perkembangan dia. Aku ceritakan hal sebenarnya pada adik. Adik semacam xpercaya. Dan tiap kali bila aku balik kg semenjak dua menjak lepas tu adik masih bertanya juga hal dia, tapi aku xdpt nak jawab kerana aku sendiri tercari cari kemana dia yg hilang tanpa berita. AKu cakap pada adik … biarlah, dah tak ada rezeki abang kot.
Tak banyak yg dia ingat tentang kg aku. Katanya yg dia ingat cuma dia tidur dlm bilik ngan adik dan aku tidur depan tv dan ada orang baru bersalin (kakak aku). Ingatannya lebih menjurus akan apa yg kami lakukan dlm perjalanan balik ke KL. Kami singgah di pantai M dan kami mandi manda disitu. Itulah kenangan yang kami catat lama dahulu. Waktu itu kami masih muda remaja, punya cita cita untuk hidup bersama tetapi waktu tidak mengizinkan kami menunaikan hasrat itu. Kami berpisah tanpa ucapan selamat tinggal dan selama waktu itu kami saling mencari dan berharap agar ditemukan semula.
Nah sekarang ni selepas sekian waktu dalam pencarian dan penantian apa yg kami harap telah dimakbulkan. Kami ditemukan semula untuk mengimbau kembali memori yg pernah kami catatkn sepanjang perjalanan kami dulu. Indahnya zaman itu. Jika diberi kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan lalu mahu saja kami kembali ke zaman itu dan menunaikan segala janji yg pernah kami lafaskan.
Hatiku mula sebak bila melihat rumah itu. Dah terlalu lama aku tidak pulang untuk menjenguk apa yg masih ada. Disitu aku membesar sebagai budak kg yg hidup serba kekurangan. Walau jadi bahan belasahan org tua aku banyak belajar darinya. Mujur juga aku dpt mengawal perasaan dari menitiskan airmata. Aku sedih sekali. Dia yg berada disebelahku berjaya menenangkan kesedihan hatiku.
Kami meninggalkan kgku seketika itu juga. AKu hanya mampu memerhati dari jauh. Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke KL. Jam sudah menunjukkan hampir 4.15ptg. Ada lebih kurang 75minit untuk aku sampai ke KL. Kami meninggalkan pekan itu dengan satu lagi memori. Semakin cuba mengawal suasana semakin banyak pula memori yang kami catatkan. Sepanjang perjalanan kami asyik menghitung waktu yg semakin menghampiri tempohnya. Pantasnya waktu berlalu. Kami semakin menghampiri KL. Waktu itu aku perhatikan wajahnya kelihatan spt ada sesuatu yg tak terucap ngan kata2. Aku tahu saat perpisahan semakin hampir dan wajahnya menampakkan ketidak ceriaan pd perpisahan itu nanti. Aku sepertinya juga, tak dapat ku gambarkan aku terpaksa melepaskannya sendirian sebentar nanti kealam realitinya. Alam sebenar yg kami berdua berada.
Akhirnya tepat jam 5.15ptg kami terpaksa juga mengucapkan selamat tinggal. Bila aku mengucapkan selamat jalan, dia memalingkan wajahnya kearah luar. Aku tahu dia cuba menahan airmatanya dari gugur. Sejak awal lagi aku dah berpesan pada dia, bila nak balik nanti jangan menangis. Abadikan hari ini sebagai hari yg paling indah buat kita dari itu jangan disulami ngan air mata yg akan memadam keceriaan ini. Tapi … dia menitiskan airmatanya juga. Dia tidak mahu bertentang mata denganku .. aku tahu dia dalam keadaan sedih yangh amat sangat. Tiada siapa yang suka pada perpisahan. Aku cuba menenangkan dia. Setelah berjaya mengumpul kekuatan dia meninggalkan aku dengan penuh kesedihan. Aku memahami perasaan dia kerana aku pun sptnya juga diwaktu itu. Aku perhatikannya meninggalkan aku dengan langkah longlai. Aku dapat rasakan tiap langkahnya itu adalah langkah yag terpaksa. Aku terus memerhatikan langkahnya .. dia menoleh kepadaku ketika sedang menaiki tangga, aku melambaikan tangan ku kepadanya .. tapi tentunya dia tidak melihatnya kerana aku berada didalam kereta.
AKhirnya susuk tubuhnya hilang juga ditelan bangunan stesyen lrt .. perpisahan yang amat mencengkam walau sekadar sementara waktu. Hari ini tercatat lagi memori perjalanan kami. Gelak tawa duka airmata adalah sebahagian dari mainan pertemuan dan perpisahan cinta kami. Dalam perjalanan yang amat mencengkam ini aku sering berpesan pada diri ku dan dia “ … hargailah tiap detik dan waktu yang hadir ini kerana ianya adalah sebahagian dari hidup kita dan Jangan Pernah Berubah”.
Read more...