Catatan memori.
Pagi ni aku buka dairi 1991. Aku belek tarikh hari ini dan aku lihat 20 tahun dulu aku punya aktiviti bersama dia. Aku ingat lagi hari itu pagi2 lagi kami sudah berada di stesyen bas. Kami punya matlamat yang sama iaitu duduk bersama tanpa ada gangguan. Pejalanan menuju ke Morib mengambil masa hampir 3 jam juga dengan 2 kali menukar bas.
Hari Khamis .. pantai Morib tiada pengunjungnya apatah lagi waktu itu baru saja menghampiri jam 11.00 tghari. Kami duduk di port selalunya. Dibawah pohon ara menghadap ke pantai. Sambil bersembang kami mendengar alunan muzik dari kaset player yang dibawa olehnya.
Kami juga berjalan jalan dipantai yg sedang surut. Kami masukkan pakaian kami dalam plastic hitam dan kami letakkan ditepi pantai. Sambil kami berlegar legar bermain air, kami perhatikan tiada siapa pun diwaktu itu. Kami bebas untuk melakukan apa ‘saja’. Hepinya hati tak terkata.
Memori itu masih tidak pernah padam. Pantai Morib banyak menyimpak kenangan kami. Kali akhir aku singgah kemari dah berbelas tahun dulu. Aku perhatikan pohon tempat kami melepak telah tiada. AKu pernah mengukir nama kami di situ. Pantai Morib banyak telah berubah tetapi yang pasti hati kami masih spt dulu.
No comments:
Post a Comment