13 Jan 2010 – Maghrib
Dah 3 hari aku rasa ni. Tiap kali lepas wudhuk utk solat Maghrib, telinga kiri dan kanan aku akan rasa panas. Bila di pegang memang rasa habanya sedangkan masa wudhuk telinga mesti dibasuh dan haba panas tu amat terasa di telinga sebelah kanan. Macam terbakar rasanya n bila aku tengok dlam cermin telinga aku jadi merah.
Dah 3 hari juga tangan kanan aku rasa menyucuk nyucuk. Sampai rasa kebas dan amat terasa sakitnya petang semalam sampaikan aku terpaksa pakai jaket untuk melindung tangan aku kerana bila kena aircon kebas tu lagi terasa. Rasa menyucuk tu memang sakit.
Lepas solat , dengan izinNYA aku memproses diri aku sendiri … memang ada something kat telingan n tangan aku tu. Adalah dekat 20 minit juga aku ‘membotolkan sakit tu’ . Cehh .. masih xserik juga mangkuk hayun ni. Kita ni kalu hidup kat dunia berlakun jadi orang baik sedangkan hati tu penuh kejahilan memang bila mati pun akan menyusahkan anak dan isteri. Kalu mati tinggalkan harta pusaka kat anak isteri best jugak … ni x setan iblis yg diwariskan
ALhamdulillah selepas tu telinga panas tu hilang n bila bangun pagi sampai la ni x de dah menyucuk kat tangan tu … apa pun kena tunggu maghrib ni lagi … kalu dia nak cuba main kasar lagi … memang nak kena botol lah jawabnya. Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment