
12.25tgh … akhirnya dia sampai juga. AKu bingkas membuka pintu silver utk dia. Dr jauh aku dah Nampak senyuman yang aku amat rindui itu. Indahnya … hilang n terubat rindu yg mengelodak dalam hati aku ini.
Assalamualaikum ucapku sebaik saja dia duduk di sebelahku sambil aku menekan pedal minyak melepasi lampu isyarat yg baru sja berwarna hijau. W’salam jawabnya … ohh merdunya suara itu … suara yg sekian lama aku hanya mampu nikmati diudara. Kini suara itu telah berada disebelahku. Kami berpandngan …bertentang mata, lemparan senyuman dari bibir itu seakan menyentap jantung hati aku. Itulah satu dari beberapa daya penarik yang dimiliki olehnya. Dulu semasa ada beberapa balak yg cuba masuk jarum, sering menyatakan pada aku perkara yg sama. Ialah dulu dia ni ramai peminat tersembunyi. Malah aku sendiri pernah ‘menasihatkan’ kawan aku yg meminati dia ni agar jgn malu2 klu nak takel dia. Macam2 aku ajar kawan aku ni tanpa mereka mengetahui bahawa aku ngan dia sebenarnya sudah keluar dating. Ha ha ha .. itu rahsia aku ..

Cuaca diluar gerimis dan sepanjang jalan menuju LG langit tidak henti henti menitiskan airmatanya. Waktu itu perut aku dah mula mengeroncong .. patut la jam dah time makan soo memang Nampak gerai di situ dilimpahi manusia. Aku park keter berhampiran taman permainan … nak kuar hujan masih merintik. Kami lepak jer dalam keter. Banyak yg kami sembangkan smbil mendengar cd lagu2 nostalgia kami. Hah itulah kami, banyak persamaan.
Kira2 jam 2.00ptg kami mula cari kedai utk makan .. kami singgah kt kedai yg ada kt parking tu … org masih ramai so aku beli bungkus jer. Mee n kwe tiaw goring .. yg goring minah indon .. layan jer la lapar punya hal. Waktu zohor dah lama melalui kami … pikiaq punya pikiaq kami amik kputusan untuk solat zohor diluar KL .. aku terlintas satu lokasi yg pastinya xder saper kenal atau akan menjumpai kami. Set … sumer setuju. AKu memandu keter menghala lokasi … jauh juga .. mahu amik 35-45 mnt perjalanan melalui highway. Syukur … highway xjem … perjalanan lancar. Sepanjang perjalanan yg amat mendinginkan (masih hujan) aku yang banyak bercerita spt selalunya … dia cukup rajin mendengar dan sesekali menyampuk .. xper, aku dah faham. Kami gelak ketawa bersama seolah2 kami tiada masalah gamaknya.
Sepanjang perjalanan aku mengingatkan dia akan jalan2 yg mudah untuk ke destinasi. Manalah tahu lain kali dia nak datang sendiri kesitu. Katanya dia pernah datang ke destinasi sewaktu menguruskan kemasukan anaknya ke IPT dan seperti pengunjung2 lain dia pun sesat. Ya lah aku sendiri yg dah jadi penduduk sini pun kalu keluar malam ada kalanya macam diaorang juga.

Kira2 jam 3.20 kami sampai ke lokasi di tuju dan solat zohor disitu. Katanya inilah kali pertama dia sampai ke tempat ini. Selama ini dia hanya membacanya dalam surat khabar saja. Katanya lagi dia tidak membawa telekong dari rumah tapi xder hal kerana mana2 masjid pun sudah pasti ada menyediakannya. Waktu itu aku melihat seorang lelaki beruniform posman sedang menyapu halaman masjid dengan mesin blowernya. Cara dia melakukannya memang dia dah expert. Alhamdulillah masih ada lagi orang yang melakukan tugas sukarela di masjid tapi kan lebih elok kalau dia membuka uniform posmannya sebelum melakukan tugas kerana pandangan orang perlu dijaga. Kalau dah habis waktu kerja xmengapa tapi kalau sebaliknya … apa cerita.
Buat pertama kalinya selepas sekian lama aku dan dia dapat memanjatkan doa kami dilokasi dan waktu yang sama. Serentak dalam memohon kepadaNYA agar apa yg kami cita2kan diperkenankan. Seronok hatiku bukan kepalang. Ya Allah ... Kau dengarlah permintaan kami ini Ya Allah. Kau berilah kami peluang untuk menterjemahkan niat kami ini Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui lagi Maha Memahami.
bersambung ....
Read more...