Memori Jalan Dato' Onn. Semalam aku berada di KL dan seperti selalunya aku pasti akan melalui Jalan Mahameru dan masuk ke Jalan Dato' Onn. Disinilah pada 3 Jun 1982 aku melapur diri di Bahagian Pentadbiran JPM untuk menjadi warga kerajaan. Aku ditempatkan di MKN dan bertugas di Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (PPHV) yg pejabat papannya berhampiran dengan Bangunan Residensi Tunku Abdul Rahman Putra. Selepas 5 tahun di PPHV aku bertukar ke xxx dan selepas 28 tahun menjadi warga kerajaan, kenangan di Jalan Dato' Onn tidak pernah kunjung padam.Tetapi sekitar tahun 2000 seluruh jabatan yg berada di kompleks ini berpindah ke Putrajaya dan dengan berat hati aku terpaksa meninggalkan memori memori indah yang aku catat disini dan apa jua yang tertinggal di medah selera Bank Negara. Kini kompleks ini telah berubah wajah .... Gembira berbaur duka bila mengenangkan kembali yang disini aku pernah memaut kasih seorang gadis tanpa aku sedari. Payahnya .... Sehingga kini aku tidak pernah jemu untuk hadir disini setiap kali aku datang ke KL.
Kelab Bukit Perdana (KBP) Jabatan Perdana Menteri. Kini nama ini telah tiada disini. Dah berubah wajah. Dalam tahun 80an hingga awal 90an disinilah pusat aktiviti sukan JPM. Ada table snooker dan mesih game. Boleh dikatakan semua pemain bolasepak JPM akan melepak disini tidak kira hari training atau bercuti. Padang bolajaring yang berada dihadapan rumah kelab ini sekarang pun dah jadi parking ... berturap tar. Semasa pasukan bolasepak KBP aktiv menyertai liga bolasepak Liga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PBWPKL) disini lah pemain pemain seperti Azli, Jamil Safari, Kamal BTN, Roslan Mampu, Lan Garu, Lan Kuda, Bob Epu, Yusuf capoi, Velu, Muru, Khairi kecik dan aku sendiri akan turun berlatih.Walau waktu itu aku menyertai pasukan Bintang Baru yg bermain dlm liga DUNHILL KL, adakalanya aku akan joint KBP bila JPM menyertai bola sepak MAKSWIP atau ada lawatan keluar KL. Seronoknya waktu itu. Kini itu semua tinggal sejarah. Ramai player2 lama dah bersara dari aktiv bersukan. Malahan dalam tahun ini beberapa orang bekas player JPM telah pulang kerahmatullah seperti Norazman (meninggal ketika main badminton). Aku pun sekarang ni taklah sihat sangat tapi masih aktiv bersukan spt badminton dan bolatampar dan sekali sekali joint futsal. (Jln Dato' Onn 26 Dis 2010)
Read more...