Cantik. Pantai Morib telah berubah wajah. 20 tahun lampau landscape ni semua tak ada. Tranformasi secara total telah dilakukan disini sebagai satu tarikan untuk pengunjung. Bila masuk saja ke sini ... memang dapat dirasakan memori antara kami kembali menguntum.
Masjid pun dah semakin cantik. Dulu kami hanya memerhatikan saja masjid ini dari seberang jalan. Kali ini, lokasi inilah yang kami mula singahi. Waktu dah menghampiri jam 5.00 ptg, solat asar berjemaah masih berlangsung. Aku tak sempat joint berjemaah. Mula2 cari tandas bila dah siap wudhuk imam dah baca doa lAda satu saf saja dalam 15 orang jemaah.
Memerhati panorama dari tepian pantai. Pantai Morib ni kalau time air surut memang jauh kena berjalan kalu nak mandi manda. Kena jalan hampir 1/2 km jugak. Di lokasi ini kami pernah hampir ditenggelami air. Waktu tu kami sedang bermain main air sambil jalan jalan dipantai yg sedang surut tetapi kami xsedar bahawa waktu itu air mula pasang. Bila kami sedar air dah mula naik dibelakang kami. Waktu tu aku nampak bot nelayan dah mula balik dari menangkap ikan menuju ke arah pantai Kelanang. Air semakin naik hampir keparas betis ... ah sudah camner nak selamatkan diri ni ... pantai masih jauh lagi. Alhamdulillah walau dalam kepayahan kami sampai juga ke tepian pantai dan air semakin pasang. Habis basah seluar kami sampai kepeha ..
Kami mencatat lagi kenangan di sini. Walau kami cuma singgah disini tidak sampai 1 jam tetapi secara langsung rakaman kenangan silam kami tonton semula. Meskipun pohon ara tempat kami melepak dulu telah tiada tetapi memori kami masih kekal disitu dan biarkan memori itu menjadi sebahagian dari penghuni pantai ini. Selamat tinggal Pantai Morib .. lain kali kami datang lagi. 15 Januari 2011
No comments:
Post a Comment