Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Sunday, January 23, 2011

Disebalik Rahsia Cinta- Metropolitan


Kali akhir aku menerima smsnya sekitar jam 9.15 malam, katanya dia dh mengantuk. Aku tak membalas sms itu kerana sangkaku pasti dia sedang menghadiri majlis tahlil spt maklumny dismsnya pada jam 8.35pm. Sekarang ni jam menunjukkan 1.10am dan tiada berita yang aku terima darinya.




Malam makin larut, Tetiba pintu rinduku diketuk lagi buat kesekian kalinya hari ini. Emmm .. Aku hanya mampu menanti dan menanti ... itu saja. Namun rindu ini tidak mahu faham kerana bila tiba waktu begini sebenarnya tiada apa yg mampu aku lakukan ... cuma menanti perkhbarannya yg entah ada atau tidak. Mata ini pun belum mahu mengantuk tapi aku dah letih menunggu dia ... Rindu ... kau tunggulah disitu ..!!

No comments:

Post a Comment