Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Saturday, January 22, 2011

Kelab Bolasepak Bintang Baru (NSSC)

Aktiviti: Perasmian Liga Super Dunhill 1984

Persatuan Bolasepak Wilayah Persekutuan (PBWP)
Oleh Presiden FAM Y.M Tengku Ahmad Rithaudden
Perlawanan: Cheq Point 1 – 0 Bintang Baru (NSSP)
Lokasi: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tarikh: 25 Julai 1984 (27 tahun lalu)
Pengurus Pasukan: Louis Ramli Ariffin
Jurulatih Pasukan: Zamri (ex BAHEIS)


Catatan:
Bersama kelab ini aku mencatat kenangan indah dalam bolasepak. Walau tidak pernah memenangi sebarang kejohanan tetapi aku banyak belajar tentang bolasepak bersama mereka. Aku tak sangka langsung yang aku akan menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebagai pemain ketika aku baru saja 2 tahun menjadi warga kota. Dalam perlawanan ini aku hanya jadi pemain simpanan jer. Tak perlah bagi aku ini sudah cukup membanggakan. Dalam perlawanan ini pasukan aku tewas dengan hanya satu jaringan gol. Ini satu pencapaian terbaik sekali kerana pasukan Cheq Point waktu itu diwakili ramai pemain kebangsaan seperti Hassan Sani dan Chen Woi Hor berbanding pasukan aku yg dibarisi oleh pemain yg langsung tidak dikenali.

Tu dia aku yg jersi biru. Masa ini aku baru berusia 20 tahun, masih muda remaja. Badan slim abis n fit tahap gaban. Kelihatan Tengku Ahmad Rithaudden sedang bersalaman ngan Latif Budiman, jersi 21 Latif Kochong dan Nathan. Kapten pasukan George David, sebelah kiri aku tu Chandran.

Selepas pada perlawanan ini pasukan kami kehilangan hampir 6 orang pemain utama kerana ramai yang kena beli oleh pasukan bank. Yalah masa ni juga ramai dari kami tidak punya kerjaya yang tetap malahan ada yang masih belajar di kolej so bila dapat ofer baik memanglah tak tunggu lagi. Pada perlawanan seterusnya pasukan kami jadi bahan belasahan. Kami tak dapat mencari pengganti yang dapat menyaingi pemain yang telah berhijrah tu. Dengan sedih hati pada musim 1985 kami turun ke liga perdana dan selepas mencurah bakti lebih dari 5 tahun di kelab Bintang Baru ini akhirnya aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan menyertai Kelab Bukit Perdana yg sejak dari awal pembabitan aku telah tanpa jemu mempelawa aku menyertai mereka.
Kali akhir aku dapat berita yang Jamal Hassan sekeluarga telah terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan pulang beraya di kampung. Si Rosman pula selepas keluar dari Bingtang Baru untuk menyertai Cheq Point langsung aku tak jumpa bayangnya. Kepada yang mengenali aku .. kontek2 la ..

No comments:

Post a Comment