Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Saturday, April 30, 2011

Hari hari terakhir


30 April 1991
Selasa
Hari ini hari terakhir dia menjadi staf di sini. Bulan hadapan dia akan bekerja ditempat lain dan meninggalkan aku sendirian.





Seharian juga aku tak call dia. bebarapa kali phon atas meja berdering tapi aku tak mengendahkannya .. hanya aku perhatikan. Mungkin juga dia yg call ... hendak sangat aku mendengar suara dia tapi tiada siapa yg tahu betapa deritanya hatiku ini.

Seperti biasa bila tiba 4.15 ptg aku akan memerhatikan dia melalui hadapan pintu pejabatku tetapi hari ini aku tidak melihat kelibatnya. Aku cukup berharap dia akan lalu disitu seperti biasa tetapi aku hampa ... mungkin juga dia mengunakan laluan lain.

SH
5.00ptg
Aku menunggu dia di port biasa kami. Aku amat berharap dia datang tetapi sehingga jam 7.00, dia tidak juga hadir. Kecewanya bukan kepalang. Yalah siapalah aku. Salah aku juga ... dah tahu dia kini milik lelaki lain tapi aku masih menyimpan harapan. Akhirnya aku melangkah pergi meninggalkan SH ... banyak sangat kenangan kami di sini. Mungkin esuk atau lusa aku akan datang lagi kerana telah ku tinggalkan hati ku disini. Sadisnya cinta ini ..

No comments:

Post a Comment