Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Saturday, April 23, 2011

Alleycats - Hatiku Kau Luka *Original Audio


23 April 1991 (Selasa)
8 Shawal 1411
Medan Selera BNM
10.00am
Dia ajak aku sarapan pagi di port selalu kami. Katanya ada hal penting nak bagi tau aku. Aku dapat raskan ada sesuatu yg penting dan ajakan dia membuat hatiku tertanya tanya dari awal lagi. Hati kecilku berat mengatakan bahawa ada sesuatu yg berlaku semasa cuti hari rayanya.




Sehari sebelum itu sepatutnya dia dah bekerja tetapi dia call aku dlm 3.00pm, katanya bas dia lewat sampai dan hari itu dia ambil EL. katanya lagi ada hal penting nak di sampaikan padaku. Hatiku berdebar debar waktu itu tapi seperti selalunya aku tolak semuanya kerana aku percaya pada dirinya.

Seperti yg dijanjikan kami berjalan beriringan ke BNM, aku lihat wajahnya suram je tidak spt biasa, selalunya jika kami tidak bertemu dlm jangka waktu yg lama kerana cuti yg panjang pasti wajah dan tuturkatanya amat ceria ... tetapi pagi itu lain pula suasananya.

" ** dah nikah minggu lepas ... " dia melontarkan suaranya perlahan sambil menundukkan wajahnya. Aku terasa seperti ada seketul batu besar yg jatuh keatas kepalaku. Adohh ... aku terasa hatiku bagai di siat siat. Jantung ku seakan berhenti berdegup.

Nah .. ternyata tekaan ku tepat sekali tetapi aku tidak menjangka ianya benar2 jadi kenyataan. ketika itu aku telah dua batang rokok aku habiskan ... ntah aku tak rasa apa2 menyedut asapnya ... cuma yg aku ingat dalam masa tak sampai 10 minit aku telah menghabiskan 4 batang rokok.

Lidahku kelu dari menyuarakan apa jua yg bermain dalam hati ku waktu itu. Selama ini walau aku tahu dia sudah bertunang tetapi aku merasakan bahawa aku masih punya peluang untuk memilikinya. Aku tak tau caranya tetapi aku yakin aku mampu melakukan itu semua tetapi ternyata aku tewas tergolik dengan pukulan tko ini.

AKu tak ingat jelas apa yg aku katakan selepas itu tetapi yg pasti aku telah kehilangan gadis yang amat aku sayangi. Banyak perancangan yg aku sedang lakukan musnah dengan tiba tiba. Pukulan itu begitu mengelapkan segala impian dan angan2ku untuk memilikinya.

Entah lah ...... tak dapat ku gambarkan kesihatan hati dan perasaanku pada hari tu.

No comments:

Post a Comment