Ahad: 2 Jan 2011 – 11.50am
Cuti lagi! Pagi ni aku bermody sikit. Boringnya ... tak tahu kenapa. Mungkin dari persekitaran aku sejak semalam. AKu cuba berlagak tak ada apa2 berlaku tetapi adakalanya aku terlepas cakap juga ngan dia.
Subuh2 hari lagi aku dah meluahkan rasa hati aku pada dia. Aku lemparkan rasa ketidak puasan itu padanya. Aku tahu sudah pasti hatinya tersentuh ngan sms yg aku kirimkan tetapi itulah sebenarnya yang ada dalam hati aku waktu itu. Aku dah jadi macam orang menggong.
Bila tiba bab kecewa ni semua orang akan membawa kisah2 takdir dalam hidup mereka. Takdir itu takdir ini dan secara tiba2 mereka angap takdir itu macam tuhan pulak. Itulah silapnya kita ni! Memang takdir itu milik DIA tetapi pernah ke kita terfikir bahawa manusia ini adalah makhluk yang dilengkapi ngan akal dan fikiran. Manusia ni makhluk paling sempurna ciptaanya walau masih ada cacat cela dari beberapa sudut tetapi bukan termasuk dalam rekaanNYA, cuma bagaimana kita membentuk diri kita sendiri yang akan membezakan cara kita berfikir.
Ya memang tak salah lagi takdir itu adalah jalan ketentuan yang telah ditulis oleh MAHA PENCIPTA untuk umatnya. Dan aku tidak samasekali menafikan itu semua. Tetapi yang aku persoalkan ialah kenapa TAKDIR itu digunakan sebgai alasan untuk menghalalkan sesuatu tindakan dan keputusan yang telah dibuat? Kenapa?
Aku bagai nak putus nyawa sepanjang 20 tahun itu .. cuba mencari jawapan pada perpisahan itu dan jawapan yang diberi …T A K D I R. Ahhhh rasa macam aku nak hantuk kepala ni kat dinding biar sakitnya jangan berhenti …
Bila bahagia, takdir penentu segala tapi bila huru hara atau mula timbul rsa sesal pd keputusan dulu siapa nak disalahkan? Adakah nak disalahkan takdir? Jika salahkan takdir samalah juga menyalahkan Allah!! Takdir xsalah kerana takdir hanya berlaku selepas kita membuat 1 pilihan untuk memilih antara beberapa pilihan yg ada didepan mata. Jika kita memilih A dan kita kata A itulah takdir kita, tetiba A menimbulkan jalan buntu dan kita mula terfikir mengapa dulu tak pilih B, adakah takdir dari Allah tadi salah? Adakah rasa sesal itu termasuk dalam pakej takdir? Jawabnya tentu samasekali tidak.
Allah tidak samasekali salah atau tersilap dalam mengatur perjalanan makhluk ciptaannya tetapi manusialah yg sering salah memilih dan silap dalam membuat percaturan. Apa yang dilihat itu indah dirasakan itulah jalan kebahagian hakiki sedangkan kita tidak pernah mahu melihat disebalik erti duka yang diberiNYA.
Apa yang perlu kita cari dan teliti ialah makna kesedihan kerana disebalik kesedihan ada tawa dan tangis dan itu semua membawa manusia kealam berfikir sedangkan sorak dan sorai adalah pembuka kepada pintu kealpaan .
Seadanya kelukaan itu banyak mengajar aku akan erti kesabaran.
No comments:
Post a Comment