Selamat Hari Lahir ku ucapkan kepada dia walau dimana berada.
Akhirnya selepas menanti selama 19 tahun, aku dapat juga mengucapkan baris ayat itu dengan mengetahui bahawa dia sememangnya menantikan ucapanku ini. Kali akhir aku mengucapkannya ketika hari lahirnya yang ke 25 tahun. Waktu itu kami sudah menjadi orang asing sebenarnya, bicara kami pun banyak yang berbunga rahsia walau dalam hati sebenanya kami masih mahu bersama. Aku tidak pernah jemu menghubunginya, mula2 tu memanglah kami ceria dan sebenarnya aku buat2 gembira sedangkan hatiku bagai ditusuk sembilu. Tetapi 2-3 bulan mendatang, sambutan dia mula kurasai perubahannya. Gelaknya seperti dipaksa dan gurauanku seperti tiada tawanya lagi. Tiap kali kami berbual dia seakan hilang minat, sepatah ku tanya adakalanya tiada jawapan yang diluahkan. Aku amat merasai itu semua.
Akhirnya ... aku membuat keputusan untuk tidak lagi menghubunginya. Cukuplah kata hatiku. Dah penuh calar balar yang bersayat dihati kau ni. Lepaskanlah dia pergi dengan penuh keredaan. Ahhh ... tidak semudah itu rupanya ... saban hari aku terpaksa bertarung dengan rindu kepadanya. Mahu saja ku angkat gagang phon dihadapanku dan mengirimkan bauan rinduku padanya. Cukuplah sekadar mendengar gelombang suaranya ... aku sudah boleh rasa aman tenteram.
Sepanjang waktu itu juga, aku tidak pernah menerima walau sekali panggilan darinya. Tiap kali phon dimejaku berdering dengan pantas ku capai gagang dengan harapan suara dia yang akan mengucapkan salam tetapi aku hampa dan terus kecewa. Tentunya dia tidak lagi mengingati aku diwaktu itu ... bentak hati ku. Atau mungkin dia sibuk dengan kerja2 ditempat barunya buai hati ku menyinarkan suasana sendiri. hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya aku diwaktu itu. Tiap hari aku akan menyusuri jalan2 yang pernah aku lalui ketika bersamanya. Lokasi persinggahan kami di SH sentiasa menjadi kunjunganku dengan harapan mungkin dia ada disana. Aduhh ... bodohnya aku kerana sering bertanggapan begitu.
Waktu pun berlalu .. aku tidak pernah lagi mendengar berita darinya. Adalah 2-3 kali aku ternampak dia bersama anak dan suami di stesyen komuter berhampiran pejabatku. Ku perhatikan dari kejauhan ... luka lama berdarah kembali dan aku merasa longlai mengatur langkah. Kejam aku kepada diri ku sendiri. Mengapa aku masih tidak mampu melupakan dirinya setelah sekian lama berlalu. Dia bahagia bersama keluarganya sedangkan aku terus2an menyiksa diri.
Masa pun berlalu pantas. Sedikit demi sedikit aku mula dapat melupakannya tetapi tidak sesekali membencinya. Walau dimana aku berada aku akan sentiasa mencari dia. Tiap kali berada di luar aku tidak pernah jemu cuba mencari wajahnya dicelahan ramai manusia. Bagiku itu telah menjadi tugas harianku.
Ahirnya selepas 20 tahun aku diketemukan semula dengan dia. Indahnya saat itu tak dapat ku gambarkan. Memori bersamanya berputar kembali.
No comments:
Post a Comment