20 tahun yg dulu menjejakiku kembali.
Telah ku terima perkhabaran itu, walau dalam sendu aku redha Ya Allah. Hanya doa yang dapat ku panjatkan kepadaMu kerana aku tahu ini adalah yang terbaik buat dirinya. KetentuanMu yang agong ini tentunya punya makrifatnya.
Tidak dapatlah aku menafsirkannya kerana aku sering melalaikanMu Ya Allah. Pintaku agar Kau lindungi dan kau kuatkan dirinya agar punya ketabahan dalam menghadapi ujianMu ini kerana sesungguhnya Kau lebih mengetahui siapa dia dalam kehidupan ini Ya Allah.
Ya Allah biarkanlah aku menyusuri denai2 suram ini, menyendiri seperti waktu2 yang payah itu dulu sambil bertasbih kepadaMu kerana aku pasti suatu hari nanti Kau akan memberi jawapan pada makrifat ini.
Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mengetahui

No comments:
Post a Comment