Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Sunday, May 22, 2011

Sendirian lagi


Boringnya ... duk umah sorang sorang ... yg lain gi Ipoh ... oleh kerana aku tidak dalam kapasiti yg boleh memandu so aku relakan diri aku duk kat umah lagi .. sorang sorang .. Tak apalah aku pun bukan orang penting .. ada ke tak ada aku .. majlis akan tetap cam tu jugak. Bila duk sorang2 ni macam2 yg nak aku lakukan tetapi xthrill pasal xder target yg nak aku kejar. Seperti sebelumnya aku suka buat keje sorang2 tapi bila dah dok sendirian aku jadi buntu pulak. Tengok astro ... hampeh .. tv lagi lah ... duk dpn pc tetiba banyak idea yg mencurah datang .. tapi aku biarkan idea itu berlalu pergi kerana semua yg datang hanya ilham yg menyakitkan.





Seperti selalunya aku cukup benci dengan perkataan 'takdir' tapi jangan silap aku tidak membenci pencipta 'takdir' itu ... cuma org yg selalu menyalah gunakan istilah itu saja yg aku amat menyinga bila dengar. Bagi aku ini semua bukan takdir ... aku sendiri yg cari .. aku yg kena hadapi dan aku kena bertanggungjawab atas semua yag mendatang.

Apa yang penting dalam hidup ini ialah langkah pertama (first step) yg kita ambil dalam menghadapi masalah itu. Langkah pertama yg akan membentuk diri kita menjadi apa yg kita hendakkan. Tanpa langkah pertama, manusia tidak akan mempunyai tamadun begitu juga dengan apa yg hendak kita lakukan dalam menentukan rentak hidup kita. Allah memberi kita akal dan fikiran, kita perlu gunakan sebaiknya bukan hanya bergantung pada 'takdir'.

Takdir tidak merubah manusia tapi manusia yg perlu berusaha mencari perubahan

No comments:

Post a Comment