Boringnya ... duk umah sorang sorang ... yg lain gi Ipoh ... oleh kerana aku tidak dalam kapasiti yg boleh memandu so aku relakan diri aku duk kat umah lagi .. sorang sorang .. Tak apalah aku pun bukan orang penting .. ada ke tak ada aku .. majlis akan tetap cam tu jugak. Bila duk sorang2 ni macam2 yg nak aku lakukan tetapi xthrill pasal xder target yg nak aku kejar. Seperti sebelumnya aku suka buat keje sorang2 tapi bila dah dok sendirian aku jadi buntu pulak. Tengok astro ... hampeh .. tv lagi lah ... duk dpn pc tetiba banyak idea yg mencurah datang .. tapi aku biarkan idea itu berlalu pergi kerana semua yg datang hanya ilham yg menyakitkan.
Sedar tak sedar dah seminggu rhupanya aku duk kat umah. Cuti panjang plus mc plus cuti rehat. Aku tak ingat bila agaknya kali terakhir aku bercuti panjang cam ni ... best jugak tapi boring pun ada ... yalah..... cuti panjang .... duk kt umah ... Niat hati tu aku nak habiskan waktu cuti ni dengan tido tidoq plus membuta tapi memang penyakit aku ... lepas solat subuh memang dah xleh nak tido dah ...
2 May 1991
Khamis
9.00am - Dia calla aku dipejabat. Hari ni hari pertama dia bekerja ditempat baru katanya. Tak disangka sangka dan aku amat gembira bila mendengar suaranya. Hilang juga sedikit rindu yg bersarang ni. Tapi banyak soalan yg aku ajukan pd dia tidak berjawab ... yalah aku tahu dia sudah menjadi isteri orang .. tapi mangkuk hayunnya aku masih anggap dia spt yg dulu juga. Mana mungkin kata hati ku. Tak banyak dan kemesraan yg dulu aku dapati telah berkurangan ... hati ku tiada siapa yg tahu.