Kembali Terjalin:- 23 Ogos 2011

Friday, December 31, 2010

1 Jan 2011: Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir ku ucapkan kepada dia walau dimana berada.

Akhirnya selepas menanti selama 19 tahun, aku dapat juga mengucapkan baris ayat itu dengan mengetahui bahawa dia sememangnya menantikan ucapanku ini. Kali akhir aku mengucapkannya ketika hari lahirnya yang ke 25 tahun. Waktu itu kami sudah menjadi orang asing sebenarnya, bicara kami pun banyak yang berbunga rahsia walau dalam hati sebenanya kami masih mahu bersama. Aku tidak pernah jemu menghubunginya, mula2 tu memanglah kami ceria dan sebenarnya aku buat2 gembira sedangkan hatiku bagai ditusuk sembilu. Tetapi 2-3 bulan mendatang, sambutan dia mula kurasai perubahannya. Gelaknya seperti dipaksa dan gurauanku seperti tiada tawanya lagi. Tiap kali kami berbual dia seakan hilang minat, sepatah ku tanya adakalanya tiada jawapan yang diluahkan. Aku amat merasai itu semua.

Akhirnya ... aku membuat keputusan untuk tidak lagi menghubunginya. Cukuplah kata hatiku. Dah penuh calar balar yang bersayat dihati kau ni. Lepaskanlah dia pergi dengan penuh keredaan. Ahhh ... tidak semudah itu rupanya ... saban hari aku terpaksa bertarung dengan rindu kepadanya. Mahu saja ku angkat gagang phon dihadapanku dan mengirimkan bauan rinduku padanya. Cukuplah sekadar mendengar gelombang suaranya ... aku sudah boleh rasa aman tenteram.

Sepanjang waktu itu juga, aku tidak pernah menerima walau sekali panggilan darinya. Tiap kali phon dimejaku berdering dengan pantas ku capai gagang dengan harapan suara dia yang akan mengucapkan salam tetapi aku hampa dan terus kecewa. Tentunya dia tidak lagi mengingati aku diwaktu itu ... bentak hati ku. Atau mungkin dia sibuk dengan kerja2 ditempat barunya buai hati ku menyinarkan suasana sendiri. hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya aku diwaktu itu. Tiap hari aku akan menyusuri jalan2 yang pernah aku lalui ketika bersamanya. Lokasi persinggahan kami di SH sentiasa menjadi kunjunganku dengan harapan mungkin dia ada disana. Aduhh ... bodohnya aku kerana sering bertanggapan begitu.

Waktu pun berlalu .. aku tidak pernah lagi mendengar berita darinya. Adalah 2-3 kali aku ternampak dia bersama anak dan suami di stesyen komuter berhampiran pejabatku. Ku perhatikan dari kejauhan ... luka lama berdarah kembali dan aku merasa longlai mengatur langkah. Kejam aku kepada diri ku sendiri. Mengapa aku masih tidak mampu melupakan dirinya setelah sekian lama berlalu. Dia bahagia bersama keluarganya sedangkan aku terus2an menyiksa diri.

Masa pun berlalu pantas. Sedikit demi sedikit aku mula dapat melupakannya tetapi tidak sesekali membencinya. Walau dimana aku berada aku akan sentiasa mencari dia. Tiap kali berada di luar aku tidak pernah jemu cuba mencari wajahnya dicelahan ramai manusia. Bagiku itu telah menjadi tugas harianku.

Ahirnya selepas 20 tahun aku diketemukan semula dengan dia. Indahnya saat itu tak dapat ku gambarkan. Memori bersamanya berputar kembali.


Read more...

12 jam sebelum 2011


12.01pm:- 31 Disember 2010 (Jumaat)


Ada 12 jam lagi sebelum 2010 melabuhkan penguasaanya. Tak sabar nak menyambut 'tahun baru' tahun ni selepas sekian lama aku xselebret. Akan ku tunggu detik itu dengan penuh kesabaran dan kesyukuran. InsyaAllah dengan izinNYA akan tertunai azam yang telah ku simpan sekian lama ... namun begitu aku perlu menunggu 12 jam lagi .... jadi ... aku tunggula!!

Read more...

Wednesday, December 29, 2010

Dinihari 30 Dis 2010


1.15am: Sejuknya. Tentu peminat bolasepak Harimau Malaya dah lama dibuai mimpi, ialah baru tadi Malaysia jadi juara Piala Suzuki di Indonesia. Tapi aku dah kurang minat pasal bola ni … dah tak ada thrillnya .

Mata masih belum mahu lelap. Esuk kerja ni. Tetiba aku rasa macam nak menulis sesuatu meluahkan rasa hati dan bila dah loginheran takder idea pulak ... tadi ia ia macam tak sempat sempat nak mencurah.

Sebentar tadi sms menerjah hand phone aku. Dah lewat, siapa pulak yang jadi burung hantu cam aku ni ...? Ohh dia rupanya .. baru bangun dari terlelap keletihan, lepas solat n saja nak tanya khabar aku.Terima kasih kerana jutaan rakyat Malaysia hanya dia saja yang ingat kat aku.

Aku balas sms dia .. tidorlah malam dah larut. xboleh nak lelap pulak, balasnya. Peluk orang sebelah lena la, jawapanku. Ok lah kalau dah kata camtu balasnya seakan tak puas hati ngan jawapan aku. Ok, balas ku ringkas. Tetiba rasa bersalah menguasai diri ... aku dah menyentuh perasaanya yg suatu waktu dulu amat ku kenali. Aku menung seketika ... benggong aku ni ... keluhku sambil membelek phonku yang telah 5 tahun menemaniku.

Aku membatukan diri ... ku lontarkan pandangan keluar jendela ... masih ada 3 orang lelaki yg sedang melepak di bangku blok sebelah. Sembang pasal bola agaknya. Bau asap rokok mereka menerjah hidungku ... huh sedapnya bau asaptu

Dah tido dah 1.45pg ni .. aku hantar satu sms pada dia sebagai mengubat rasa bersalahku. Selepas 5 minit ku nanti tiada jawapan yg menggetar phonku. Dah tido agaknya atau .......!!!! sudah ... bukan urusan aku.

Tanpa diundang memori bersama dia menyusuri kotak fikiranku. Sejak dari mula aku mengenali dia sehinggakan kami 'terputus' hubungan ... dia seorang yang amat caring, aku amat gembira bila berada bersamanya. Dia amat memahami perasaan aku dan seingat aku sepanjang hampir satu tahun setengah kami 'berkawan' kami tidak pernah walau sekali bergaduh atau bertengkar ... berselisih pendapat tu adalah tapi tidak berpanjangan paling lama pun 20minit. Dengan kepakaran 'mencairkan' yang ada padaku semuanya akan kembali ceria.

Indahnya waktu itu dan aku amat merinduinya.

Awak, walau dimana awak berada sekarang ini, sy mohan jutaan kemaafan jika dalam waktu 2 hari sebelum ‘tahun baru’ ini sy ada atau akan melukakan hati awak tanpa sy sengajakan. Maaf

Huh jam dah menunjukkan 2.00 pagi …kena lelap mata juga ni



Read more...

Monday, December 27, 2010

Jalan Dato' Onn: Kenangan mengusik jiwa

Memori Jalan Dato' Onn. Semalam aku berada di KL dan seperti selalunya aku pasti akan melalui Jalan Mahameru dan masuk ke Jalan Dato' Onn. Disinilah pada 3 Jun 1982 aku melapur diri di Bahagian Pentadbiran JPM untuk menjadi warga kerajaan. Aku ditempatkan di MKN dan bertugas di Pasukan Petugas Pendatang Haram Vietnam (PPHV) yg pejabat papannya berhampiran dengan Bangunan Residensi Tunku Abdul Rahman Putra. Selepas 5 tahun di PPHV aku bertukar ke xxx dan selepas 28 tahun menjadi warga kerajaan, kenangan di Jalan Dato' Onn tidak pernah kunjung padam.

Tetapi sekitar tahun 2000 seluruh jabatan yg berada di kompleks ini berpindah ke Putrajaya dan dengan berat hati aku terpaksa meninggalkan memori memori indah yang aku catat disini dan apa jua yang tertinggal di medah selera Bank Negara. Kini kompleks ini telah berubah wajah .... Gembira berbaur duka bila mengenangkan kembali yang disini aku pernah memaut kasih seorang gadis tanpa aku sedari. Payahnya .... Sehingga kini aku tidak pernah jemu untuk hadir disini setiap kali aku datang ke KL.

Kelab Bukit Perdana (KBP) Jabatan Perdana Menteri. Kini nama ini telah tiada disini. Dah berubah wajah. Dalam tahun 80an hingga awal 90an disinilah pusat aktiviti sukan JPM. Ada table snooker dan mesih game. Boleh dikatakan semua pemain bolasepak JPM akan melepak disini tidak kira hari training atau bercuti. Padang bolajaring yang berada dihadapan rumah kelab ini sekarang pun dah jadi parking ... berturap tar. Semasa pasukan bolasepak KBP aktiv menyertai liga bolasepak Liga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PBWPKL) disini lah pemain pemain seperti Azli, Jamil Safari, Kamal BTN, Roslan Mampu, Lan Garu, Lan Kuda, Bob Epu, Yusuf capoi, Velu, Muru, Khairi kecik dan aku sendiri akan turun berlatih.

Walau waktu itu aku menyertai pasukan Bintang Baru yg bermain dlm liga DUNHILL KL, adakalanya aku akan joint KBP bila JPM menyertai bola sepak MAKSWIP atau ada lawatan keluar KL. Seronoknya waktu itu. Kini itu semua tinggal sejarah. Ramai player2 lama dah bersara dari aktiv bersukan. Malahan dalam tahun ini beberapa orang bekas player JPM telah pulang kerahmatullah seperti Norazman (meninggal ketika main badminton). Aku pun sekarang ni taklah sihat sangat tapi masih aktiv bersukan spt badminton dan bolatampar dan sekali sekali joint futsal. (Jln Dato' Onn 26 Dis 2010)

Read more...

Thursday, December 23, 2010

A Moment To Remember


Filem "Ghost"

"Ditto"
Tarikh: 30 November 1990 (Jumaat)
Masa: 6.30 petang
Seat no: B1 & B2
Harga: $3.00 - Kelas 1
Lokasi: Panggung Rex Petaling Street
(ntah ada lagi ke tidak panggung ni)
OST: Unchained Melody - Righteous Brothers
Lagu ini antara lagu kegemaran kami. Tiap kali aku mendengar lagi ini, walau dimana atau ketika aku berada pastinya kenangan bersamanya kan datang menjengah. Biarlah kenangan ini terus bersama aku walau dimana jua. Walau 20 tahun telah berlalu ... memori bersamanya seakan baru semalam berlalu. Tanpa memori ... manusia tidak akan punya sejarah untuk dicatat.

Read more...

Tuesday, December 21, 2010

Sheild caption

Masih terasa sebak di dada
disaat akhir bersua
walau ada tangisan
diwajah tak kelihatan
Selamat tinggal sayangku
andai ini suratan

(caption ini aku poskan pada dia dalam bentuk shield kayu
dan aku jangka sampai ke alamat sehari sebelum hari kendurinya tapi selepas 20 tahun katanya dia tak terima)


Read more...

Jangan Pernah Berubah


katanya: " ...... sakit hati ini bukan kerana putus cinta tetapi kerana aku tidak boleh berhenti dari menyintainya ....." (21 tahun dalam kenangan)

Read more...

Friday, December 17, 2010

Indahnya zaman remaja

Dari kiri Zul, Razak, Jamal, Aku, Yushak, ALi, Zaki dan Sani (berbaring). Gambar ini dirakam pada tahun 1980 iaitu 2 tahun sebelum aku mula meninggalkan kampung untuk menjadi warga KL.
Zaman menuju remaja. Tiada yang lebih indah bila menoleh kembali zaman persekolahan. Bila cuti sekolah tiba, banyak aktiviti yang dilakukan hingga tak sempat nak balik umah makan tengahari. Gambar diatas ni diambil ketika aku bersama rakan rakan sekampung menyertai rombongan ke Port Dickson. Seronoknya tak dapat nak citer. Seminggu lagi nak pergi dah macam2 kami planing. Inilah rakan rakan aku yang menceriakan dunia remaja aku. Tapi selepas 30 tahun usia gambar ini aku gagal menemui mereka bila balik ke kampung. Ya lah .. masing2 sudah punya keluarga sendiri, mungkin time aku balik kg mereka pulak balik kampung isteri mereka .. Tiada yang lebih berharga selain menikmati usia remaja.


Read more...

Selepas 21 tahun berlalu ..


Suatu hari tanpa diduga dicelahan gerimis memanjang, aku bertemu dengan dia selepas 21 tahun berlalu. Kelu lidah untuk berbicara disaat mata bertentangan. Aku lihat dia masih seperti dulu juga, senyuman dari bibirnya yang mongel itu tetap manis walau tanpa diwarna. Itulah dia yang aku kenal dulu serba serbinya cukup simple. Dia sendirian dan kami pun bersembang disudut itu sambil mengimbau kembali memori yang pernah kami catatkan. Siapa sangka diwaktu waktu yang berlalu rupa rupanya dia pun seperti aku juga ... sering bertanyakan khabar diangin lalu akan dimanakah gerangannya aku. Seperti aku juga setiap kali berada ditempat awam pastinya mata aku akan melilau mencari kelibat wajahnya ... malahan telah 3 kali aku ternampak dia bersama dengan anak anak dan suaminya dari jauh tapi aku tidak punya keberanian untuk menegurnya.

Dipenghujung persahabatan kami sebelum pernikahannya .. kami bertemu buat kali terakhir ... Kami lepak diport biasa kami dan tiada ucapan kata perpisahan atau memutuskan ikatan cinta yang telah kami bena. Malahan kami masih lagi menaiki bas mini 18 bersama, turun di distinasi yg selalu dan mengucapkan selamat tinggal seperti esok kami akan bertemu semula. seperti tiada apa2 yang berlaku gamaknya.

Apapun seketika waktu yg kami lalui semalam amat berharga dalam menjalinkan kembali ikatan yang serupa tapi telah berbeza. 16 Dis 2010 - The Mall

Read more...